Menurut Din, doktor menasihatkannya untuk berehat selain tidak melakukan kerja-kerja berat sehingga April 2018.

"Terkilan pun ada kerana ketam nipah mendapat permintaan yang tinggi selain sebelum ini saya hanya memasarkannya dari rumah.

"Namun, demi kesihatan saya turutkan.

"Ramai mendakwa ketam nipah mampu merawat penyakit seperti demam denggi, leukimia dan barah kerana hidupan laut ini kaya dengan vitamin A,C, B dan tembaga untuk tubuh badan," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini. - K! ONLINE