Menurut mereka antara faktor yang menyebabkan ikan-ikan itu mati ialah arus kuat pada 1 dan 2 Januari lalu semasa paras air Sungai Pahang mula naik.

Khaidir Ahmad, 55, dari Kampung Tebing Tinggi, Lebak di sini berkata, dia mengalami kerugian lebih RM33,000 apabila ikan patin, tilapia dan kerai peliharaannya mati.

Menurutnya, arus sungai yang kuat berbanding biasa ketika banjir menyebabkan ikan luka akibat bersesak dan terhimpit ke dinding sangkar.

"Selain itu, berdasarkan pengalaman sebagai penternak, kematian ikan ini dipercayai berpunca daripada kekeruhan air sungai yang tinggi menyebabkan insang ikan diselaputi lumpur hingga sukar mendapatkan oksigen," katanya ketika dihubungi di sini. - Bernama