Ribuan ikan jenis tilapia, baung dan patin disahkan mati oleh wakil Pejabat Perikanan Daerah Kemaman akibat kekurangan oksigen selepas siasatan dilakukan.

Ketua projek ikan sangkar berkenaan, Ahmad Fakhruddin Ahmad Ridzuan, 33, berkata, hujan lebat kira-kira‪ pukul 9‬ ‪pagi pada Isnin‬ sehingga pukul 8 malam menyebabkan ikan peliharaannya kekurangan oksigen sebelum dilihat mula tercungap-cungap dan terapung.

"Seramai 16 peserta terlibat dalam projek ternakan ini namun hanya tiga peserta termasuk dirinya yang mengalami kerugian kerana melaksanakan projek dalam skala besar dengan masing-masing mempunyai 12 petak sangkar.

“Semasa hujan lebat, saya pasang kincir air untuk meningkatkan kadar oksigen di dalam air tapi menjelang pukul tiga pagi keesokannya ada ikan yang sudah timbul di permukaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Katanya, kesemua ikan yang mati merupakan ikan yang telah sedia untuk ditangkap dengan purata berat seekor ikan tilapia yang mati kira-kira setengah kilogram. - K! ONLINE