Tertuduh, N. Thevananthan, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret L. Umma Devi.

Dia dikatakan berkhidmat di USM selama dua tahun sebelum meletakkan jawatan pada penghujung tahun 2010.

Mengikut pertuduhan pertama, Thevananthan didakwa mengemukakan dokumen palsu kepada pihak pengurusan USM untuk mendapatkan jawatan sebagai pensyarah pendidikan di universiti tersebut pada 15 Ogos 2008.

Dalam pertuduhan itu, tertuduh juga didakwa dengan curang telah mendorong USM menyerahkan bayaran berjumlah RM195,081.38 sebagai bayaran perkhidmatannya sebagai pensyarah di universiti ber­kenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.