Dalam kejadian pukul 7.50 pagi, Norzeera Ahmad, 39, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Dua lagi rakannya, Zubaidah Mohd. Esa, 37, yang hamil 24 minggu dan Lidyawati Haris, 35, masing-masing hanya mengalami cedera ringan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Lim Chee Khoon berkata, kejadian berlaku apabila ketiga-tiga pensyarah itu menaiki kereta jenis Perodua Bezza dipandu Zubaidah dalam perjalanan ke PSIS dari Kuala Selangor.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati Zubaidah gagal mengelak sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki dikenali Mohammad Faris Azam Shah Shahrom, 20, dari arah bahu jalan cuba melintas ke simpang.

"Berikutan jarak terlalu dekat, pemandu Perodua Bezza itu merempuh penunggang motosikal itu dan terbabas sebelum terjunam ke dalam parit.

"Norzeera yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan dibawa ke Hospital Tengku Tengku Ampuan Jemaah di sini untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, susulan kejadian itu juga mengakibatkan Mohammad Faris cedera parah di kepala, tangan dan kaki sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - K! ONLINE