Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, saringan yang boleh dibuat sebelum dan selepas lantikan itu sa­ngat penting bagi memastikan individu yang diambil bekerja mempunyai latar belakang bersih iaitu bebas daripada terjebak dalam kegiatan dadah dan sebarang sabitan jenayah.

“Sebelum universiti mengambil sesiapa untuk menjadi kakita­ngan, saringan perlu dibuat untuk memastikan bahawa orang itu sesuai dan tiada rekod jenayah terutama berkaitan dadah.

“Ini kerana universiti menjadi tempat mahasiswa menimba ilmu dan perbuatan jenayah seperti mengedar dadah kepada pelajar dianggap mencemarkan imej institusi pelajaran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.