Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, pelantikan Abdul Rahim adalah bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Jun lalu hingga 14 Jun 2021.

“Abdul Rahim yang merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam menggantikan Profesor Datuk Dr. Zulkiple Abdul Ghani yang telah tamat tempoh lantikan.

“Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan dari University of East London sebelum menamatkan pendidikan Sarjana dalam Kewangan Islam dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Perakaunan dari University of Southamptom (UK),” kata kenyataan itu. - K! ONLINE