Mohd. Faizul didakwa dengan 11 pertuduhan iaitu dua di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), empat di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima di bawah Peraturan 25(1)(i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Turut didakwa bersabit kes sama ialah lima individu lain yang kesemuanya rakyat tempatan dengan jumlah keseluruhan pertuduhan bagi keenam-enam mereka sebanyak 32 pertuduhan.

Kes berkenaan dibacakan di hadapan dua Hakim secara berasingan iaitu Nor Salha Hamzah dan Mazdi Abdul Hamid.

Kesemua tertuduh tidak dibenar diikat jamin. - K! ONLINE