Tertuduh, Mohd. Faizul Amin Che Mat, 35, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Rosly Mohamed Nawi.

Mohd. Faizul didakwa telah memalsukan dokumen iaitu sijil cuti sakit bernombor CKT F No. 0937857 dan CKT F No. 0938008 dengan niat ianya digunakan untuk tujuan menipu pada pada bulan Oktober hingga Disember 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Waffy Ismail manakala tertuduh diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mohd. Rosly membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Difahamkan, tertuduh tidak membayar wang jaminan tersebut sebelum mahkamah menetapkan 26 September depan untuk sebutan semula kes. - K! ONLINE