Tertuduh, Jamal Abdullah, 48, membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong selepas enam pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyalahgunakan kuasanya berkaitan memohon syarikat milik isteri, abang ipar dan adik iparnya bagi melakukan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan sistem perairan luar bandar di sekitar Bau, Lundu dan Sematan sepanjang 2016.

Kesemua pembayaran bagi enam kerja dibuat ke akaun syarikat milik isteri, abang ipar dan adik iparnya pada 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Tertuduh kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 oleh dua orang penjamin.

Nixon menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 24 September depan manakala perbicaraan dijalankan pada 29 Oktober hingga 2 November 2018.

Tertuduh turut diarahkan untuk menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ikhwan Mohd. Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Francis Wee. - K! ONLINE