Suspek berusia 48 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Sarawak ketika dia hadir untuk memberi keterangan kira-kira pukul 3.50 petang.

Menurut sumber, individu tersebut dipercayai menyalahgunakan kuasanya dengan memohon syarikat milik isteri, abang ipar dan adik iparnya bagi melakukan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan sistem perairan luar bandar di sekitar Bau, Lundu dan Sematan sepanjang tahun 2016.

"Kesemua pembayaran bagi enam kerja telah dibuat ke akaun syarikat milik isteri, abang ipar dan adik iparnya pada tahun 2016," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya, individu tersebut akan didakwa esok di Mahkamah Khas Rasuah Kuching.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya. -  K! ONLINE