Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid memberitahu, remaja lelaki yang bekerja sebagai penjual ikan ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sik dekat sini kira-kira pukul 12.18 tengah hari ini.

"Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut dan motif kejadian dipercayai akibat hutang.

"Suspek dikatakan berhutang sebanyak RM2,000 dengan mangsa yang merupakan pemberi pinjaman wang dan perlu membayar hutang tersebut sebanyak RM26 sehari, bagaimanapun kita masih menyiasat sejak bila suspek berhutang dengan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya masih mengesan senjata yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

"Suspek dari Taman Arked, Sungai Petani tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujarnya. - K! ONLINE