Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi, mangsa, Ab. Salam @ Azri Abdullah, 39, yang menunggang motosikal Modenas Kriss maut serta-merta di lokasi kejadian.

Pemandu wanita kereta jenis Proton Arena berusia 54 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa lelaki itu datang dari arah Wakaf Che Yeh menghala ke tempat kerja di Pasir Hor.

“Ketika tiba di tempat kejadian motosikal yang ditunggangi bergesel dengan kereta dipandu seorang wanita di bahagian belakang sebelum hilamg kawalan dan terbabas.

“Mangsa meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa gagal memgawal motosikal dan masuk ke laluan kereta.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE

FIRDAUS HASSAN