Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, bonus tersebut adalah bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan penjawat awam melakukan persiapan awal sambutan perayaan Aidilfitri. 

"Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM5.3 juta bagi tujuan pembayaran bonus tersebut. 

"Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban golongan penjawat awam membuat persiapan sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Ihya Ramadan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Tun Razak, Bukit Katil hari ini. - K! ONLINE