Hakim M.M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu kepada Chow Mun Fai, 43, yang sebelum ini menukar pengakuan bersalah pada 18 Jun lalu.

Hakim dalam keputusannya berkata, mahkamah tidak boleh menerima perbuatan tertuduh yang memberi pelbagai komen negatif terhadap agama orang lain.

"Tindakan tertuduh menghina kematian Muhammad Adib ketika seluruh negara meratapi dan berkabung dengan kematiannya adalah melampaui hak kebebasan bersuara yang dijamin perlembagaan. 

"Selain itu, tindakan menghina agama orang lain pula dilakukan secara berulang kali dan seperti telah dirancang," katanya. - K! ONLINE