Seorang rakan sekerja kepada kedua-dua mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 9. 40 pagi semasa kedua-dua sahabat tersebut membancuh sepeket kopi yang kemudian dikongsi minum semasa bertugas.

“Kedua-dua rakannya warga Nepal berusia 31 dan 45 tahun mula pening dan keletihan selepas masing-masing menghabiskan kopi yang dibancuh.

“Salah seorang daripada rakan saya pengsan selepas 10 minit meminum kopi itu,” cerita­nya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.