Pengarah Projek Hellopin, Mohd. Faisol Rahim berkata, seminar sehari itu diadakan untuk membantu usahawan  dalam menguruskan perniagaan dengan efisen dan bersistematik dengan pantas secara online.

Menurutnya, penceramah jemputan pada seminar itu adalah seorang usahawan online yang berjaya iaitu Ketua Pegawai Eksekutif,  Kedai CCTV Dot Com Enterprise, Faizal Latip.

"Faizal yang mempunyai kepakaran dalam membantu usahawan menjalankan perniagaan secara bersistem menerusi 10 teknologi sistem yang dapat mengendalikan perniagaan secara autopilot dan berkembang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Faisol memberitahu, pihaknya menyasarkan seramai 1,200 orang terutamanya dalam kalangan peniaga online akan menyertai seminar tersebut.

"Peniaga online yang tinggal di sekitar negeri-negeri utara Semenanjung diharapkan tidak melepaskan peluang untuk menyertai seminar berkenaan,"  katanya.

Beliau berkata, bayaran tiket seminar tersebut adalah RM150 untuk seorang tetapi pihaknya menawarkan promosi menarik iaitu mereka yang membeli satu tiket RM150 akan diberikan satu lagi tiket percuma.

"Tarikh tutup pendaftaran seminar itu pula adalah pada 2 Julai ini," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai seminar tersebut boleh menghubungi di talian 013-799 1453 dan 013-288 1543 atau melayari www.facebook.com/hellopin2u/ dan www.instragram.com/hellopin2u/. - K! ONLINE