Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, berdasarkan indeks harga pengguna (CPI) melibatkan 521 barangan yang sering dibeli pengguna, hanya 38 peratus dikenakan cukai berbanding 60 peratus ketika cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Pihak penguatkuasa KPDNHEP akan memantau harga barangan yang dijual untuk memastikan tidak berlakunya manipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Tindakan boleh diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan melihat perbandingan margin keuntungan terdahulu dengan terkini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas tinjauan mesra ke syarikat minuman, Sundrop Fruit Juices Sdn. Bhd. di bawah sektor perkilangan (Makanan & Minuman) sempena pelaksanaan SST Peringkat Negeri Sarawak di sini tadi. - K! ONLINE