Pengarah PPDNKK Perlis, Khairul Amin Talib berkata, setakat semalam, sebanyak 83 premis telah diperiksa merangkumi kedai runcit, pemborong dan pasar harian.

"Selain itu, pegawai dan anggota PPDNKK Perlis turut melakukan pemeriksaan berkala di pasar awam, pasar tani dan pasar raya seluruh negeri setiap hari.

"Namun, tiada aduan dan kes yang diterima setakat ini dan saya berharap peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan apabila sambutan Tahun Baru Cina bermula Jumaat ini," katanya ketika dihubungi hari ini. - K! ONLINE