Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa cedera pada pergelangan tangan dan kepala akibat ditetak dengan parang oleh dua lelaki yang dipercayai diupah oleh seorang peniaga lain yang tidak berpuas hati dengan mangsa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang suspek yang dikenali sebagai Ah Soon, 49, apabila perniagaan minuman keras dan makanan miliknya di lokasi tersebut merosot kerana mangsa turut menjalankan perniagaan sama di situ.

"Susulan itu, suspek dipercayai meminta seorang rakannya yang hanya dikenali sebagai Ah Chai, 43, mencari orang untuk memukul dan memberi pengajaran kepada mangsa dengan upah RM1,000.

"Keempat-empat suspek ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson dalam dua serbuan berasingan pada hari sama.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. - K! ONLINE