Setiausahanya, Datuk V. Malarvanan berkata, kelulusan terakhir yang diterima daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membawa masuk pekerja asing bagi sektor tersebut ialah pada tahun 2009.

Beliau berkata, ketika ini persatuan itu yang mempunyai lebih 1,500 ahli yang menjalankan perniagaan barangan lusuh,  namun 500 daripadanya hampir gulung tikar kerana tiada pekerja.

“Dalam tempoh setahun lagi, jika kerajaan tidak memberi kelulusan, dijangkakan lebih ramai peniaga dalam sektor ini akan gulung tikar.

“Kebanyakan pekerja asing sedia ada sebelum ini telah pulang ke negara masing-masing, sekali gus menyebabkan peniaga-peniaga dalam sektor ini kekurangan tenaga kerja,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Hadir sama, Presiden Mimta, Datuk Seri Dr. P. Krishnamurthi.

Menurut Malarvanan lagi, ketika ini persatuan itu memerlukan kira-kira 7,000 pekerja asing untuk bekerja dalam sektor pekerjaan yang sukar, kotor dan berbahaya (3D) bagi meneruskan kelangsungan perniagaan masing-masing.

Katanya lagi, pada bulan lalu, pihaknya juga telah menghantar memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia dan KDN agak perkara tersebut diberikan perhatian sewajarnya, namun hingga kini masih tiada jawapan.

“Pekerja dari India amat sesuai dalam sektor ini. Kita bukan tidak mahu menggunakan tenaga kerja tempatan tetapi mereka ini tidak berminat untuk bekerja dalam sektor 3D. Mereka hanya berminat dalam bidang pengurusan.

“Kita menggunakan pekerja tempatan dalam 30 hingga 50 peratus dalam sektor pengurusan  seperti jurujual, juru beli, akauntan, kerani am, penyelia dan juga pemandu lori serta jentera ” katanya. - K! ONLINE