Tarikh itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mohd. Izham Ali pada sesi pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Sesi pengurusan kes itu nanti akan melibatkan penyerahan beberapa dokumen seperti laporan forensik dan pertuduhan selain semua tertuduh yang belum diwakili peguam diminta melantik peguam masing-masing sebelum tarikh tersebut.

Kesemua tertuduh hadir pada sesi hari ini iaitu Johari, 36, yang digelar Raja Sempadan dan 29 anak buahnya iaitu Rosidi Aziz, 36; Norazif Ahmad, 38; Shahadan Salim, 39; Fairus Hafiz Mohd. Yusoff, 25; M. Murugan, 37; Rosli Ariffin, 41, dan Sariman Idris, 43.

Tertuduh lain ialah Mohd. Norhizam Zamzuri, 30; Faizol Sobri, 30; Amirul Ashraf Hussain, 21; Muhamad Ashraf Aziz, 24; Faizal Azlyshah Romli, 34; Aziz Othman, 57; Muhamad Asrun Amir Hussain, 24; Muhammad Luqman Hakim Zainal, 19; Nur Arif Norzaidi, 20; Muhamad Amir Daud, 23; Norhasrul Izwan Noraini, 34; dan Joni Yakub, 38.

Sepuluh lagi tertuduh ialah Zamzuri Aziz, 23; Shamsol Long, 46; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 22; Mohd. Rozaidi Sabu, 27; Jamal Muhamad Syafian Jamaludin, 25; Mazlan Ahmad, 49; Akmal Firdaus Ahmad, 23; Mohd. Shafiz Ibrahim, 30; Mohd. Mizan Ismail, 40; dan Mohd. Azhar Muei, 21. - K! ONLINE