Timbalan Pengarah SPR Perak, Shazree Idzham Wahab berkata, pihaknya mengesan beberapa kes pengundi pos di negeri ini melakukan kesilapan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 2013 tetapi tidak mendedahkan angka kes berkenaan.

"Terdapat beberapa kes pengundi pos yang kurang arif prosedur undian pos pada pilihan raya dahulu telah memasukkan kertas undi ke dalam peti surat biasa.

"Apabila kita buat post mortem (bedah siasat), kita mendapati ada kertas undi tidak sampai. Dan apabila kita siasat di pejabat pos, didapati banyak kertas undi dalam peti surat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat SPR kepada petugas media Perak yang dirasmikan oleh Pengarah SPR negeri, Mohd Nazri Ismail di sebuah hotel di sini hari ini. - Bernama