Calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, 48, berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas, K. Murthy de­ngan majoriti 5,842 undi.

Mohd. Zawawi yang juga Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh mendapat 15,427 undi sementara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam memperoleh 9,585 undi dan calon bebas (97 undi).

Keputusan tersebut di­umumkan Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Su­ngai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Besar Tanjong, Maj­lis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19 di sini malam tadi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.