Tertuduh, Hanisham Din, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nizam Zakaria.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara rasuah menerima suapan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas lori-lori milik syarikat Kedah Coastal Transport &  Trading Sdn. Bhd. yang mungkin 
melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan tersebut membabitkan wang berjumlah RM6,300.

Dia didakwa melakuan kesalahan itu di antara Januari hingga September 2016 di sebuah bank di Perai di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Bagi setiap pertuduhan, dia turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Silvaranjini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 beserta seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 24 September depan bagi serahan dokumen dan melantik peguam. - K! ONLINE