Beliau berkata, KBAT yang mula diperkenalkan pada tahun 2014, menunjukkan keupayaan calon menjawab soalan berdasarkan kemahiran berfikir yang diperlukan untuk menjawab soalan-soalan.

"Soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan calon untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan mencipta," katanya dalam sidang akhbar mengumumkan analisis keputusan SPM 2017 di sini hari ini.

Ditanya sama ada 66 peratus itu melepasi sasaran yang ditetapkan, Amin berkata, tahun 2017 merupakan tahun pertama analisis KBAT dikeluarkan dan tidak terdapat rujukan terdahulu.

Menurutnya, peratusan soalan untuk KBAT sentiasa meningkat setiap tahun, daripada 25 peratus  pada 2016 kepada 30 pada tahun lalu dan disasarkan meningkat sehingga 50 peratus menjelang 2020. - Bernama