Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun SOP berhubung perkara itu bukan perkara baharu, namun ia perlu dilakukan sebagai langkah untuk memantau aset para pegawai polis.

"Misalnya, Ketua Polis Negara sendiri wajib mengikrarkan aset-aset yang dimilikinya kepada saya.

"Saya kemudian akan menyerahkan laporan aset itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Perdana Menteri sebagai rujukan dan tindakan selanjutnya," katanya ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Sarawak di Mes Pegawai di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyifatkan 'kenaifan' tentang undang-undang Australia menjadi punca wang tunai milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd disita oleh polis Australia pada 2016.

Bagaimanapun jelasnya, perkara tersebut tidak lagi menjadi isu lagi selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Fuzi Harun menjelaskan wang berjumlah AUD$320,000 (RM972,000) yang dikatakan dimiliki Wan Ahmad adalah hasil daripada jualan rumahnya bagi membiayai kos pendidikan anaknya di negara tersebut. - K! ONLINE