Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, persida­ngan itu dijangka menjadi platform terbaik untuk pemain industri berkongsi kepakaran mereka.

“Persidangan halal ini bukan sahaja menghimpunkan pemain industri tempatan malah seramai 66 badan pensijilan halal dari 42 buah negara antarabangsa turut mengesahkan kehadiran.

“Menerusi persidangan ini, kami mahu membawa dimensi status halal dengan tidak hanya memfokuskan kepada makanan malah turut melibatkan barangan lain se­perti peranti perubatan dan pelancongan,” katanya kepada pembe­rita selepas me­lancarkan Prapelancaran MIHA 2018 di Hotel Le Meridien di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.