Suspek yang juga pesara kerajaan dikatakan mengejar mangsa dengan sebilah pedang sebelum berjaya ditahan sepasukan polis di sekitar kawasan rumahnya pada pukul 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati suspek dikatakan berang selepas mangsa membuat aduan kepada pihak polis kerana bimbangkan keselamatan penduduk kampung selepas lelaki berusia 54 tahun itu kelakuan pelik sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, sebelum itu, suspek dikatakan telah mengejar seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui rumahnya pada pukul 8.30 malam kelmarin.

"Pemeriksaan di dalam rumah suspek telah merampas 10 bilah pedang samurai, keris (18),  pedang (10), pisau (tujuh) parang (enam) dan tombak (empat) yang dipercayai koleksi peribadinya.

"Siasatan awal mendapati lelaki itu yang tinggal berseorangan kemungkinan menghadapi masalah mental selepas berpisah dengan bekas isterinya pada dua tahun lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini hari ini. - K! ONLINE