Beliau berkata, perkembangan teknologi terutama internet yang semakin maju menjadikan dunia tanpa sempadan sehingga memudahkan ancaman ini berleluasa dan pengganas menjadikan medium  berkenaan sebagai jalan untuk mempelajari serta mencipta alat keganasan baharu.

"Kita mengenal pasti pengganas kini menggunakan internet sebagai medium untuk belajar membuat alat-alat letupan dan sebelum ini juga sudah ditangkap di Kuala Lumpur seorang gadis dipercayai membuat bom melalui internet.

"Justeru, langkah menangani ancaman keganasan ini perlu diambil perhatian semua pasukan keselamatan ASEAN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pelbagai Hala Panglima-Panglima Tentera Darat ASEAN (ACAMM) di Bandar Hilir di sini hari ini. 

Program yang berlangsung selama 10 hari itu bermula 17 November lepas termasuk program ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) dan ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM)yang disertai hampir 600 peserta. - Bernama