Dalam kejadian pada pukul 2.25 petang itu, mangsa telah memaklumkan pihak polis berhubung penemuan bom berkenaan kerana bimbang akan mengancam keselamatan awam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati, bom berkenaan adalah jenis mortar sepanjang 8.1 sentimeter dan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah dipanggil untuk tindakan lanjut.

"Kawasan perkuburan terbabit telah ditutup untuk sementara waktu daripada orang awam atas sebab-sebab keselamatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, bom berkenaan bagaimanapun berjaya dimusnahkan oleh unit tersebut dalam keadaan selamat dan terkawal.

"Bom berkenaan dimusnahkan di kawasan terbabit pada pukul 6.10 petang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku," ujarnya. - K! ONLINE