Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, ketika ini pihaknya di peringkat akhir pemilihan kerana perlu mengambil kira keupayaan calon itu bagi menggalas tanggungjawab berkenaan.

"Kita dalam peringkat akhir untuk melantik Pengerusi MADA yang baharu dalam masa seminggu dua ini akan saya selesaikan bersama dengan beberapa pelantikan baharu untuk memastikan MADA akan terus diterajui oleh kepimpinan baharu.

"Saya akan mengambil kira tentang keupayaan, pengalaman dalam pentadbiran dan urus tadbir dengan petani, jadi kita harus ada kombinasi orang politik dan ada kepakaran dan pengetahuan dalam bidang tertentu," katanya kepada pemberita pada Program Ramah Mesra Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Pemimpin Peladang MADA di sini hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar MADA, Datuk Fauzi Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan MADA, Musa Kamis. - Bernama