Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, suspek berusia 43 tahun ditahan dalam serbuan menerusi Ops Sarang pada pukul 10 malam.

"Pemeriksaan menemui lima tiub plastik yang mengandungi pil dipercayai pil kuda dan serbuk putih seberat 16.32 gram dipercayai dadah jenis heroin.

"Polis turut merampas selaras senapang buatan sendiri disyaki milik suspek dalam serbuan tersebut," katanya pada sidang akhbar di IPD Dungun di sini hari ini. - K! ONLINE