Mas Haimi Mohd Zaini,33, didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap bayi lelaki berusia 10 bulan itu dengan mencubit dadanya di ruang tamu sebuah rumah di Taman Seri Serdang di sini pada 9.30 pagi, 20 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya,  jika sabit kesalahan.

Majistret Che Rohana Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 September ini untuk sebutan semula kes. 

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Nor Aziah Hasan manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff.

Media sebelum ini melaporkan pengasuh berkenaan didakwa mencubit bayi itu sehingga mendatangkan lebam di bahagian dada dan perut akibat berang dan tidak tahan apabila bayi tersebut sering menangis. - Bernama