Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 23 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman SeĀ­remban, Haryatie Mohd. Saini selepas permohonan dibuat polis pagi semalam.

Permohonan reman dibuat bagi menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, wanita terbabit ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini pada pukul 8.45 malam susulan laporan yang dibuat oleh ibu mangsa, Zura Emilia Mokhtar, 26, pada hari kejadian iaitu pada Isnin lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.