Bagaimanapun, Noor Aqilah Abd. Rahman, 33, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.

Pertuduhan pertama, Noor Aqilah yang menjaga Adam Rayqal didakwa telah menganiaya bayi tersebut sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada kepala.

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-dua­nya sekali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, Noor Aqilah didakwa melupuskan mayat Adam Rayqal dengan niat untuk menyembunyikan kematian mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.