Menurut salah seorang anak allahyarham yang hanya dikenali sebagai Amirudin, ayahnya dimasukkan ke hospital dua minggu lalu dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Tajudin telah dibawa pulang ke rumahnya dua hari lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Jenazah allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ara, Batu Kurau dekat sini selepas solat asar hari ini.

Tajudin meninggalkan seorang balu, Puan Sri Putri Sharifah Megat Abd. Rahman,89, dan sembilan orang anak.

Allahyarham merupakan bekas wakil rakyat kawasan Kinta Utara pada tahun 1955 dan memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Larut pada 1959 selama tiga penggal.

Pada tahun 1974, allahyarham menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau dan dilantik sebagai exco kanan. - K! ONLINE