Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, lelaki berusia 60 tahun itu didapati memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kereta jenis Mercedes Benz yang dipandunya melanggar bahagian hadapan restoran itu.

“Menerusi siasatan awal dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, kereta yang dipandu suspek telah terbabas dan melanggar seorang pejalan kaki serta dua motosikal di lokasi kejadian.

“Pejalan kaki warga emas, Lee Guo Hoo, 72, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kakinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zani menambah, pelanggaran itu turut menyebabkan tembok dan peralatan kerusi serta meja di luar restoran tersebut rosak.

“Hasil ujian alkohol terhadap suspek didapati postif iaitu terdapat lebihan had pengambilan alkohol yang dibenarkan.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 45A(1) akta sama,” ujarnya. - K! ONLINE