Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tempoh reman selama empat hari terhadap pengarah JPDS dan tiga kontraktor serta dua hari bagi seorang kontraktor bermula hari ini.

Kesemua individu berusia antara 40-an hingga 50-an itu dipercayai terlibat dalam pemberian rasuah terhadap penjawat awam melibatkan penyelenggaraan kapal yang berlabuh di Sabah antara tahun 2016 hingga 2018.

Kesemua mereka ditahan di pejabat SPRM dan kediaman masing-masing di sekitar Kota Kinabalu di sini semalam.

Bagi kesalahan itu, mereka disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana memberi sogokan kepada penjawat awam.

Keempat-empat tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Faliq Basiruddin manakala tiga lagi suspek termasuk pengarah jabatan tidak diwakili peguam.

Sementara itu, seorang lagi kontraktor yang direman dua hari pula diwakili peguam, Edward Paul. - K! ONLINE