Ketua Polis Daerah Ka­ngar, Superintendan Wari Kiew berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.21 tengah malam ketika mangsa baru sahaja pulang ke rumah selepas menyampaikan ceramah di sebuah masjid di sini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati perompak yang merupakan seorang suspek lelaki berusia 30-an telah menceroboh rumah dua tingkat ­mangsa melalui balkoni tingkat atas menggunakan tangga.

“Pintu balkoni itu dida­pati tidak ditutup dengan sempurna menyebabkan suspek dapat memasuki biliknya. Selepas Hazman terlihat suspek, pergelutan berlaku antara mereka sebelum lelaki terbabit me­netak mangsa dengan sebilah pedang samurai.

“Suspek yang panik kemudiannya melarikan diri ke kawasan semak berhampiran rumah Hazman dan hanya sempat mengambil sebuah telefon pintar dan dompet milik mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.