Beliau berkata, selalunya sektor korporat sendiri akan datang kepada kerajaan bagi mengeluarkan dana menganjurkan e-sukan kerana mereka tahu mampu mengaut keuntungan jutaan ringgit.

"Macam saya maklumkan semalam yang kita (Malaysia) tidak menolak kemungkinan akan membida untuk menganjurkan Piala Dunia Mobile Legends tahun depan dan ini akan menguntungkan negara kerana kerajaan tidak mengeluarkan dana langsung.

"Dalam sektor ini (e-sport), kita nak pastikan sektor korporat datang ke hadapan untuk mengeluarkan dana macam sebelum ini penganjuran Dota Major siapa sangka peminat sukan itu sanggup beli tiket yang mahal untuk datang melihat dan ini memberikan keuntungan kepada penganjur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penang Youth Festival, di sini hari ini.

Menurutnya, hadiah wang tunai yang mencecah jutaan ringgit kepada peserta juga selalunya ditaja oleh penaja. - Bernama