Lebih mengecewakan, majlis yang dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin dan ahli-ahli dewan undangan negeri itu tidak menyediakan meja khas untuk makanan halal kepada wartawan beragama Islam.

Penganjur hanya menyediakan meja makanan halal untuk tetamu kenamaan dan pemenang anugerah yang beragama Islam.

Antara wartawan yang hadir termasuk­lah daripada Utusan Malaysia, Melaka­Kini, RTM Melaka, The Star dan Tamil Nesan Daily selain beberapa war­tawan daripada akhbar Cina.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.