Hakim Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Zulfikar Rizal Affendy, 26, selepas lelaki itu mengaku bersalah bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Bagaimanapun, teman wanita Muhammad Zulfikar, Nor Suhada Firhana Mohd. Noh, 22, yang kini hamil empat bulan dan dituduh atas pertuduhan sama tidak hadir kerana masih dipenjara.

Mahkamah menetapkan 14 Februari ini untuk sebutan kes bagi Nor Suhada.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, pasangan kekasih itu didakwa dengan niat bersama menganiaya dan mengabaikan dua kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun serta seorang bayi perempuan berusia 10 bulan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.