Majistret Umzarul An-Nur Umar menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Mohd. Nor Azizi Mohd. Nasir, 24, selepas dia mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri dan memiliki harta curi wang kertas RM1 sebanyak 93 keping di Masjid Jamek, Medan Klebang Restu, Chemor di sini pada pukul 8.30 malam 1 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda dan bagi kesalahan kedua serta seterusnya, tertuduh boleh diseksa dengan penjara serta boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Asmaniza Mohammad manakala tertuduh diwakili peguam bela, EP Sittan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Umzarul An-Nur kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dari tarikh tangkap pada 1 Julai lalu.

Berdasarkan fakta kes, perbuatan tertuduh disedari dua jemaah masjid sebelum mereka berdua menangkap dan menyerahkan kepada pihak polis.

Pemeriksaan polis terhadap tertuduh menjumpai sejumlah wang kertas RM1 di dalam poket mangsa. - K! ONLINE