Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, lelaki berusia 42 tahun yang berasal dari Kampung Bakong, Lambor Kiri dekat sini ditahan pada pukul 12.30 malam tadi sewaktu sedang berada di tepi jalan di kawasan tersebut.

Jelasnya, pemeriksaan terhadap sebuah beg yang disandang di bahu kiri suspek menjumpai tiga peket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis heroin seberat 18.56 gram.

“Polis telah merampas ketiga-tiga peket dadah yang ada bersama suspek dan ujian saringan air kencing terhadap lelaki yang tidak bekerja itu mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai 11 kes lampau bersabit kes curi, samun dan dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo!sebentar tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati. - K! ONLINE