Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 49, berkata, antara bisikan dan orang aneh pernah dilihatnya adalah ketika memandu kereta seorang diri untuk pulang ke rumahnya di Cheras Baru, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, Ameng baru lepas berhibur di sebuah kelab malam di Summit USJ, Subang sekitar tahun 2009.

“Dalam keadaan khayal kerana dadah ekstasi saya ternampak individu aneh berpakaian ala pendekar dengan tengkolok, bersamping dan berkeris duduk di tempat duduk penumpang belakang kereta. Individu aneh itu menyatakan saya sudah hampir hendak mati dan menyuruh saya singgah di kubur.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.