Sewaktu kejadian pada pukul 10 malam itu, lelaki berusia 50-an tersebut bersama kenalan wanitanya di dalam kereta tersebut.

Seorang saksi, Mohd. Zulbadrul Hisham Husin, 36, berkata, beliau didatangi wanita berusia 30-an terbabit sewaktu memandu kereta untuk pulang ke rumah di Felda Kerteh 5 dekat sini.

Beliau berkata, wanita itu meminta pertolongan berhubung kejadian menimpa rakan lelakinya dan memberitahu dia telah berjalan kaki keluar dari ladang kelapa sawit berkenaan.

"Saya kemudiannya menghubungi dua rakan lelaki saya yang menetap di Felda Kerteh 2 dekat sini untuk menemani saya masuk ke dalam ladang kelapa sawit tersebut.

"Kami mengikut wanita itu memasuki ladang kelapa sawit berkenaan sebelum menemui sekujur tubuh peneroka tersebut berhampiran sebuah kereta Proton Persona," katanya ketika ditemui Kosmo! Online dekat sini hari ini. - K! ONLINE