Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah (gambar) berkata, penerbangan terakhir pula akan berlepas pada 14 Ogos depan.

Menurutnya, sebanyak 30,200 jemaah haji Malaysia dijangka berlepas ke Tanah Suci secara berperingkat-peringkat menerusi 81 penerbangan sewa khas Malaysia Airlines dan Flynas manakala penerbangan pulang dijadualkan dari 29 Ogos hingga 25 September depan.

Beliau berkata, operasi musim haji tahun ini bagi jemaah dari Lembah Klang dan negeri sekitarnya bakal mencatat sejarah apabila buat pertama kali mereka ditempatkan di Kompleks Tabung Haji Sepang sekali gus menggantikan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya yang telah beroperasi selama 36 tahun sejak tahun 1982.

“Bagi tahun ini, kuota haji rasmi negara masih lagi kekal sebanyak 30,200 jemaah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.