Lembu baka Charolais yang berumur tiga tahun tersebut dipercayai haiwan yang dijadikan ibadah korban yang paling besar di negara ini.

Pengerusi Badan Ukhuwah Darul Iman (Budi), Zul Fadzli Hassan berkata, ini kali kedua badan bukan kerajaan tersebut menganjurkan ibadah korban melibatkan lembu bersaiz besar yang pertama kali diadakan pada tahun 2016.

"Pada waktu itu, seekor lembu baka Charolais seberat hampir setan telah disembelih dan kami mendapat sekali lagi permintaan untuk melakukan ibadah korbandengan lembu jenis sama lagi oleh penduduk kampung.

"Lembu sado seberat 1.2 tan ini dibeli daripada peternak di Binjai Rendah, Marang dengan harga RM14,000. Haiwan ini jinak dan tidak pernah keluar dari kandang sejak lahir dan hanya diberi makan dedak," katanya ketika ditemui Kosmo! di perkarangan Masjid Makmur, Kampung Losong Dato' Makmur di sini hari ini.

Zul Fadzli berkata, Budi menetapkan setiap peserta yang menyertai ibadah korban lembu sado terbabit dikenakan RM2,200 bagi setiap bahagian. - K! ONLINE