Ia melibatkan seramai 375,000 penduduk di kawasan tersebut terjejas ekoran penutupan LRA berkenaan.

Penutupan loji itu ekoran terdapat pencemaran amonia di Sungai Benut.

Anggota Parlimen Simpang Renggam merangkap Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pencemaran itu bertambah buruk apabila ban tanah kolam air larutan resapan di Tapak Pelupusan CEP Renggam pecah.

“Kita percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melepaskan amonia ke dalam sungai ini. Jadi, kita memohon kepada pihak SAJ Ranhill agar menyediakan bantuan bekalan air tambahan yang mencukupi untuk semua kawasan yang terjejas.

“Pada masa sama, kita berharap tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terbabit selain turut berharap tapak pelupusan di Ulu Sungai Benut (yang menjadi salah satu penyebab kepada masalah) ditutup segera,” katanya selepas melawat loji rawatan itu di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.